....................................................................................................

*ة*Insaniah University College*ة*

*ة*Insaniah University College*ة*
...hidup mulia mati syahid...

.::aHLaN wAsAhLaN wA mArhAbAn biKum::.
....................................................................................................
*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*

tenangkan hati dengan zikrullah

....................................................................................................
*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*

.::pEnGhArgAaN::.

Dengan nama Allah سبحانه وتعالى Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang…

Alhamdulillah. Selawat dan salam buat Rasulullah صلى الله عليه وسلم serta para sahabatnya. Berkat keizinan dan pertolongan Allah سبحانه وتعالى, selesailah sudah usaha kami menyusun sebuah blog mengenai ilmu-ilmu berkaitan Qiraat erutamanya qiraat Imam Hamzah. Dengan berpandukan Al-Quran dan terjemahannya serta beberapa buah buku ilmiah yang berkaitan ilmu qiraat. Tak ketinggalan juga menerusi laman web, blog dan forum-forum yang berkaitan untuk dipersembahkan kepada ustaz dan sahabat-sahabat seperjuangan.

Blog ini merupakan kerja kursus yang diamanahkan oleh Ustaz Mohammad Zaki bin Abdul Hamid yang merupakan pensyarah yang mengajar kami di dalam subjek Qiraat Ilmi. Pada akhir-akhir ini, masyarakat Islam di Malaysia khasnya, bilangan pertambahan mereka yang berkebolehan membaca Al-Quran adalah sedikit. Ini disebabkan ramainya para a’lim ulama’ yang telah pergi meninggalkan kita, namun gantinya tidak sehebat yang harapkan. Terutama sekali tentang ilmu-ilmu berkaitan qiraat dari pelbagai imam yang hanya sebilangan kecil yang mampu mempelajarinya.

Justeru, kami berharap lebih ramai yang boleh menimba ilmu tentang qiraat ini menerusi internet insyaAllah. Keimbangan yang melanda para pemimpin hari ini, dan juga para ibu bapa serta guru-guru, justeru kami menyahut cabaran untuk bertanggungjawab menjaga kesucian dan kemurnian Al-Quran.

Keyakinan kami semakin kuat dengan bantuan dari-Nya berdasarkan firman Allah سبحانه وتعالى yang bermaksud : “Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran dan Kamilah yang menjaganya”

Semoga Allah سبحانه وتعالى mengizinkan niat kami ini dan sentiasa mempermudahkan, merahmati dan memberkati kami dalam setiap amalan yang kami laksanakan.Sewaktu menyusun blog ini, kami banyak terhutang budi kepada ustaz dan ustazah serta sahabat-sahabat yang turut memberi perangsang dan kerjasama sehinggalah blog ini dapat disempurnakan dengan jayanya.

Tidak lupa juga pada insan-insan kesayangan yang senantiasa mendoakan kami walau di mana kami berada iaitu bonda, ayahanda, kakanda-kekanda dan adinda-adinda kami serta membantu kami dari aspek kewangan. Di atas jasa baik mereka yang berkenaan, kami berdoa semoga Allah memberikan ganjaran yang sewajarnya kerana hanya Allah سبحانه وتعالى lah yang selayaknya membalas jasa mereka, insya-Allah. Sekian, selamat membaca dan beramal.

....................................................................................................
*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*

.::MuqAdDiMah::.

بسم الله الرمن الرحيمالسلام عليكم ورحمة الله وبركاتهSegala Puji Bagi Allah…. Yang Maha Kuasa Lagi Maha Bijaksana.Qiraat merupakan Satu Ilmu Daripada Ilmu-Ilmu Yang Berkaitan Dengan Al-Quran.Qiraat Juga Merupakan Ilmu Yang Pelik Dan Unik.Ini Kerana Qiraat Berkaitan Dengan Bagaimana Cara Untuk Menyebut Kalimah-Kalimah / Perkataan-Perkataan Al-Quran.Dengan Ini Menjadikannya Satu Ilmu Yang Harus Diketahui Oleh Semua Lapisan Umat Islam,Kerana Ianya Ilmu Yang Mulia Serta Mengajar Bagaimana Membaca Al-Quran.Pada Riwayat-Riwayat Lain Selain Daripada Riwayat Hafs An Aa’shim,Iaitu Riwayat Yang Kita Amalkan.

Dalam Ilmu Qiraat Juga Ianya Mengajar Bagaimana Menyebut Pada Kalimah Kalimah tertentu,yang berlainan Dengan Qiraat HAfs An Aa'shim.Dengan Ini Sesiapa Yang mempelajarinya,akan Dapat Membaca Dengan Betul Dan Mempunyai Keistimewaan Yang Tiada Pada Orang Lain.

Manfaat/ Faedah :Faedah Daripada Ilmu Qiraat Kita akan dapat mempelbagaikan Jenis-Jenis Bacaan.Kita Tidak Terikat Dengan Riwayat Hafs ‘Aan Aa’shim Sahaja.Selain Itu Kita Dapat Menonjolkan Keunikan Al-quran Kepada Orang Bukan Islam dan dapat menarik mereka masuk sama menganut Addinullah (agama Allah -ISLAM).

Kesimpulan :Ilmu Qiraat Merupakan Ilmu Yang Mesti Diketahui Oleh Semua Minda Yang Mengaku Tubuh Dan Darah Dagingnya Adalah Beragama Islam.Di Mesir Rata-Rata Rakyatnya Yang Beragama Islam Menghafaz Al-QuranDan Mengetahui Akan Ilmu Qiraat Ini Sumber-Sumber:- Kitab Syarah Matan al-Syatibiah- Buku-Buku Ilmiah Teori Qiraat- Ustaz-ustaz Pakar Dalam Qiraat
....................................................................................................
*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*

.::biBLi0gRaFi::.

.::biBLi0gRaFi::.
....................................................................................................
*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*

.::CaRiAN tAjUk::.

alhamdulillah..
pertamanya marilah kita semua panjatkan kesyukuran kerana masih diberi peluang untuk mengecapi nikmat melihat ini..

sahabat2 dan pengunjung blog ini...
ahlan wasahlan kami ucapkan..
anda semua boleh melihat tajuk2 yang terdapat di dalam blog ini dengan menekan nama tajuk tersebut.
tajuk2 boleh dirujuk di sebelah kiri dalam ruangan isi kandungan...

ok..selamat berjuang kerana ALLAH
moga anda memperoleh ilmu yang hebat ini dengan penuh keberkatan dariNYA..amiiin ;-)
....................................................................................................
*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*

Wednesday, August 26, 2009

bab 4(idgham kabir)

با ب 4:ادغام الحرفين
Bab ini ,majoriti khilaf dikuasai oleh susi .
SUSI
-membaca dengan idgham.
Contoh :-
• mengidghamkan ق dalam ك (المتقاربان),
> sebelum ق berbaris {يرزقكم}
> selepas ك mim jamak {ميثاقكم}
• mengidghamkan ج dalam huruf{ذي المعارج تعرج}
• mengidghamkan شdalam س {اذالابتغواا ليذي العرش سبيلا}
-membaca dengan idgham dan izhar
Contoh:-
• apabilah terdapatن نسوه selepas ك yangّ {عسي ربه ان طلقكنّ}
KHILAF SUSI YANG SELEBIHNYA ,SILA LAYARI BLOG ABU AMRU
IMAM HAMZAH & BAKI QURA
-membaca dengan izhar sahaja
• ع <-ح {فمن زحزح عن النار}
• ق,ك {وخلق كل شيء}
• ق memasukkan{ونقدس لك قال}
• Izharkan ق dalam ك :{وفوق كل ذي علم عليم}
ك dalam ق :{و تركوك قايما}


kesimpulan:-1)susi membaca dengan membaca idgham
2)baki qura membaca dengan izhar

bab 3(uMMul QuraN..)

ام القران

 Pada kalimah (ملك يوم الدين) Hamzah membaca dengan menghazafkan (membuang) huruf alif mad.
• Hamzah riwayat Qholaf membaca dengan ishmam kedua-dua huruf sod pada kalimah (اهد نا الصراط المستقيم & صرط الذين) dan bagi riwayat Qollad membaca dengan ishmam pada huruf sod pertama yang terdapat di dalam surah Al-Fatihah.

 Hamzah membaca dengan dhommah huruf Ha (ه) ketika waqaf dan wasal pada kalimah (عليهم)

 Dan kalimah (سواء عليهم ءأنذرتهم أم لم تنذرهم لا يؤمنون),
• Hamzah membaca dengan sukun pada mim jama’.

 Apabila datang م jama’ sebelum huruf mati,semua Qurra(termasuk Hamzah) membaca dengan م untuk mengelak daripada bertemu dua sukun ketika wasal dengan tanpa panjang.Contoh :
منهم المؤمنون واكثرهم الفسقون


-Rawi Kholaf membaca dengan ishmam pada huruf “Shod” seperti bunyi huruf “Zai” sebagaimana huruf “Dzho’” yang dibaca oleh orang awam , pada lafaz “Shirot”“ dan "As-Shirot”.

-Rawi Khallad hanya membaca dengan ishmam pada lafaz “As-Shirot” yang pertama sahaja seperti Rawi Kholaf. Manakala pada lafaz “Shirot”, Khallad membaca tanpa ishmam seperti baki Qurra’


Imam Hamzah mendhommahkan huruf “Ha’”pada 3 kalimah dibawah samada ketika wasal dan wakaf :

1. A’laihim = A’laihum
2. Ilaihim = Ilaihum
3. Ladaihim = Ladaihum


-Apabila datang “mim jama’” sebelum daripada huruf sukun, semua Qurra’ mendhommahkan “mim” dan ketika wasal dibaca tanpa shilah iaitu tanpa mad.
Dan apabila datang “mim” sebelum sukun dan sebelum “mim” itu huruf “ha’” dan sebelum huruf “ha’” itu huruf “ya’ sukun” atau huruf yang berbaris kasrah


-Hamzah membaca dengan mendhommahkan huruf “ha’” dan “mim”.

-Imam Hamzah wakaf pada 3 kalimah tersebut dengan mendhommahkan “ha’” dan mensukunkan “mim”.

1. (Bihimul asbab)
2. (Yuwaffiihimullah)
3. (Yauma Ya’tiihimul a’zhab)


Qalaf Dari Ishmam Membunyikan Suara Zai ( ز ) Sepertimana Disebut ( ظ ) Selain Keluar Dengan Lisan,Keetika Mana Bacaan Lafaz ( صراط ) Dan ( الصراط )


2)Qallad-baca pada pada sirat yang pertama..dalam surah al-fatihah sahaja

.......................................................................................
sambungan...
Bab 3 (Ummul Quran)
Syarah pertama(1)
-Pada kalimah (maliki yau middin) Hamzah membaca dengan menghazafkan (membuang) huruf alif mad.
-Hamzah riwayat Qholaf membaca dengan ishmam kedua-dua huruf sod pada kalimah (ihdi nas siro thol mustaqim & siro thol lazhi) dan bagi riwayat Qollad membaca dengan ishmam pada huruf sod pertama yang terdapat di dalam surah Al-Fatihah.

Syarah kedua(2)
-Hamzah membaca dengan dhommah huruf Ha (o) ketika waqaf dan wasal pada kalimah (‘alaihim)

Syarah ketiga(3)
-Dan kalimah (sawa un ‘alaihim a anzar tahum am lam tun~ zirhum la yuk minun),
Hamzah membaca dengan sukun pada mim jama’.

Bab 2(Basmallah..)

BASMALAH
TAKRIF BASMALAH

Basmalah ringkasan daripada kalimah Bismillahir Rahmanir Rahim yang bermaksud dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

SUMBER

Lafaz basmalah terdapat di dalam mazhaf Al-Quran yang mulia iaitu dalam surah An-Naml pada ayat-30, yang bermaksud :

" Sesungguhnya ia (surah) daripada Sulaiman dan sesungguhnya (isi kandungannya) Bismillahir Rahmanir Rahim "

CARA MEMBACANYA

Pembacaan lafaz basmalah ketika hendak melakukan sesuatu pekerjaan yang baik adalah disunatkan lebih-lebih lagi ketika hendak membaca Al-Quran sama ada di permulaan surah atau di pertengahan pembacaan ayat-ayat suci Al-Quranul Karim.

Terdapat sepotong hadis yang disabdakan oleh Rasulullah S.A.W. yang bermaksud :

" Setiap perkara kebaikan (kebajikan) yang tidak digunakan dengan lafaz Bismillahir Rahmanir Rahim maka amalan tersebut akan terputus (daripada keberkatan)

MEMBACA LAFAZ BASMALAH DI ANTARA 2 SURAH

Imam Hamzah berpendapat bahawa tidak perlu membaca basmalah di antara 2 surah di atas sebab-sebab yang tertentu.

Terdapat 4 tempat sahaja yang dibaca dengan bersaktah di dalam Al-Quran oleh imam Hamzah, iaitu :

1.
Di akhir surah Al-Muddasir, di awal surah Al-Khiamah.
2.
Di akhir surah Al-Infithor, di awal surah Al-Muthoffifin.
3.
Di akhir surah Al-Fajr, di awal surah Al-Balad.
4.
Di akhir surah Al-'Assr, di awal surah Al-Humazah.


1)Hamzah menyatakan menyambung tiap-tiap antara dua surah.

2)Bagi seluruh qura’ pada wajah diantara surah anfal & attaubah 3 keadaan

# Sambung

# saktah tanpa nafas

# berhenti serta ambil nafas & tiapnya tanpa basmalah


3) Pada kalimah ((مالك qiraat Hamzah riwayat Khalaf dan riwayat Khalad :

§ ﺤﺬﻒ ﺍﻠﻴﻒ (membuang ﺍﻠﻴﻒ ) pada kalimah

(ما لك ) = menjadikan cara bacaannya (ملك )

§ Pada kalimah ﻋﻠﻴﻬﻢ membaca dhammah Ha pada kalimah tersebut

· Pada kalimah ﺼﺮﻄ Khalaf membaca isymam صاد

ﺼﺮﻄ =


RINGKASAN BAB 2

بسمله
Hamzah membaca dengan cara menyambung dua surah tanpa basmalah.

Hamzah membaca saktah pada 4 tempat :
1)Di akhir surah Al-muddathir,di awal surah Al-Qiyamah.
2)Di akhir surah Al-Infithor,di awal surah Al-Muthoffifin.
3)Di akhir surah Al-FAjr,di awal surah Al-Balad.
4)Di akhir surah Al-A’sr,di awal surah Al-Humazah.

3 cara Hamzah meneruskan bacaan antara akhir surah Al-Anfal dan surah At-Taubah :
1)Sambung akhir surah Al-Anfal dengan awal surah At-Taubah.
2)Saktah(berhenti sekejap) tanpa nafas baru.
3)Waqaf pada akhir surah Al-Anfal kemudian baca awal surah At-Taubah tanpa basmalah.

bab 1(iSti'aZah..)

الستعاذه
Maksud dari segi bahasa : Berlindung.

Maksud dari segi istilah : Lafaz yang menghasilkan perlindungan dan naungan daripada syaitan yang dilaknat.Juga dikenali sebagai Ta’auwudz.
Dalil tuntutan membaca isti’azah:
Bermaksud…“Apabila kamu hendak membaca Al-Quran maka hendaklah kamu meminta pertolongan kepada Allah daripada syaitan yang direjam.”
[surah An-Nahl;ayat 98]
Terdapat 3 lafaz sighah isti’azah :
i)اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
ii)اعوذ بالله السميع العليم من الشيطان الرجيم
iii)اعوذ بالله من الشيطان

Terdapat 4 cara membaca isti’azah & basmalah pada awal surah :
i) Berhenti pada isti’azah & pada basmalah(inilah cara yang paling baik)
ii) Berhenti pada Isti’azah & menyambung basmalah dengan awal surah.
Iii) Menyambung isti’azah dengan basmalah.
iv) Menyambung ketiga-tiganya sekali.

Terdapat 2 cara membaca istia’zah di dalam surah At-Taubah :
i)Berhenti pada Isti’azah kemudian teruskan bacaan.
ii)Menyambung isti’azah dengan awal surah At-Taubah.

Hamzah membaca dengan suara yang kuat pada awal surah Al-Fatihah sahaja.

bio hamZah

Imam Hamzah al-Kufi

Nama sebenar beliau ialah Abu ‘Lmarah Hamzah bin Habib bin ‘Lmarah bin Ismail al-Zaiyat. Dilahirkan pada tahun 80 Hijrah dan meninggal dunia pada tahun 156 Hijrah.

Dua perawinya :

* Khalaf : Beliau ialah Abu Muhammad Khalaf bin Hisham bin Talib al-Bazzar. Dilahirkan pada tahun 150 Hijrah dan meninggal dunia pada tahun 229 Hijrah.
* Khallad : Beliau ialah Abu Isa Khallad bin Khalid al-Syaibani al-Kufi. Meninggal dunia pada tahun 220 Hijrah.

Saturday, August 01, 2009

MuQaddiMah..

MUQADDIMAH
بسم الله الرمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Segala Puji Bagi Allah…. Yang Maha Kuasa Lagi Maha Bijaksana.Qiraat Merupakan Satu Ilmu Daripada Ilmu-Ilmu Yang Berkaitan Dengan Al-Quran.Qiraat Juga Merupakan Ilmu Yang Pelik Dan Unik.Ini Kerana Qiraat Berkaitan Dengan Bagaimana Cara Untuk Menyebut Kalimah-Kalimah / Perkataan-Perkataan Al-Quran.Dengan Ini Menjadikannya Satu Ilmu Yang Harus Diketahui Oleh Semua Lapisan Umat Islam,Kerana Ianya Ilmu Yang Mulia Serta Mengajar Bagaimana Membaca Al-Quran.Pada Riwayat-Riwayat Lain Selain Daripada Riwayat Hafs An Aa’shim,Iaitu Riwayat Yang Kita Amalkan.Dalam Ilmu Qiraat Juga Ianya Mengajar Bagaiamana Menyebut Pada Kalimah Kalimah tertentu,yang berlainan Dengan Qiraat HAfs An Aa'shim.Dengan Ini Sesiapa Yang mempelajarinya,akan Dapat Membaca Dengan Betul Dan Mempunyai Keistimewaan Yang Tiada Pada Orang Lain.Manfaat/ Faedah :Faedah Daripada Ilmu Qiraat Kita akan dapat mempelbagaikan Jenis-Jenis Bacaan.Kita Tidak Terikat Dengan Riwayat Hafs ‘Aan Aa’shim Sahaja.Selain Itu Kita Dapat Menonjolkan Keunikan Al-quran Kepada Orang Bukan Islam dan dapat menarik mereka masuk sama menganut Addinullah (agama Allah -ISLAM).Kesimpulan :Ilmu Qiraat Merupakan Ilmu Yang Mesti Diketahui Oleh Semua Minda Yang Mengaku Tubuh Dan Darah Dagingnya Adalah Beragama Islam.Di Mesir Rata-Rata Rakyatnya Yang Beragama Islam Menghafaz Al-QuranDan Mengetahui Akan Ilmu Qiraat Ini
Sumber-Sumber:- Kitab Syarah Matan al-Syatibiah- Buku-Buku Ilmiah Teori Qiraat- Ustaz-ustaz Pakar Dalam Qiraat