....................................................................................................

*ة*Insaniah University College*ة*

*ة*Insaniah University College*ة*
...hidup mulia mati syahid...

.::aHLaN wAsAhLaN wA mArhAbAn biKum::.
....................................................................................................
*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*

tenangkan hati dengan zikrullah

....................................................................................................
*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*

.::pEnGhArgAaN::.

Dengan nama Allah سبحانه وتعالى Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang…

Alhamdulillah. Selawat dan salam buat Rasulullah صلى الله عليه وسلم serta para sahabatnya. Berkat keizinan dan pertolongan Allah سبحانه وتعالى, selesailah sudah usaha kami menyusun sebuah blog mengenai ilmu-ilmu berkaitan Qiraat erutamanya qiraat Imam Hamzah. Dengan berpandukan Al-Quran dan terjemahannya serta beberapa buah buku ilmiah yang berkaitan ilmu qiraat. Tak ketinggalan juga menerusi laman web, blog dan forum-forum yang berkaitan untuk dipersembahkan kepada ustaz dan sahabat-sahabat seperjuangan.

Blog ini merupakan kerja kursus yang diamanahkan oleh Ustaz Mohammad Zaki bin Abdul Hamid yang merupakan pensyarah yang mengajar kami di dalam subjek Qiraat Ilmi. Pada akhir-akhir ini, masyarakat Islam di Malaysia khasnya, bilangan pertambahan mereka yang berkebolehan membaca Al-Quran adalah sedikit. Ini disebabkan ramainya para a’lim ulama’ yang telah pergi meninggalkan kita, namun gantinya tidak sehebat yang harapkan. Terutama sekali tentang ilmu-ilmu berkaitan qiraat dari pelbagai imam yang hanya sebilangan kecil yang mampu mempelajarinya.

Justeru, kami berharap lebih ramai yang boleh menimba ilmu tentang qiraat ini menerusi internet insyaAllah. Keimbangan yang melanda para pemimpin hari ini, dan juga para ibu bapa serta guru-guru, justeru kami menyahut cabaran untuk bertanggungjawab menjaga kesucian dan kemurnian Al-Quran.

Keyakinan kami semakin kuat dengan bantuan dari-Nya berdasarkan firman Allah سبحانه وتعالى yang bermaksud : “Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran dan Kamilah yang menjaganya”

Semoga Allah سبحانه وتعالى mengizinkan niat kami ini dan sentiasa mempermudahkan, merahmati dan memberkati kami dalam setiap amalan yang kami laksanakan.Sewaktu menyusun blog ini, kami banyak terhutang budi kepada ustaz dan ustazah serta sahabat-sahabat yang turut memberi perangsang dan kerjasama sehinggalah blog ini dapat disempurnakan dengan jayanya.

Tidak lupa juga pada insan-insan kesayangan yang senantiasa mendoakan kami walau di mana kami berada iaitu bonda, ayahanda, kakanda-kekanda dan adinda-adinda kami serta membantu kami dari aspek kewangan. Di atas jasa baik mereka yang berkenaan, kami berdoa semoga Allah memberikan ganjaran yang sewajarnya kerana hanya Allah سبحانه وتعالى lah yang selayaknya membalas jasa mereka, insya-Allah. Sekian, selamat membaca dan beramal.

....................................................................................................
*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*

.::MuqAdDiMah::.

بسم الله الرمن الرحيمالسلام عليكم ورحمة الله وبركاتهSegala Puji Bagi Allah…. Yang Maha Kuasa Lagi Maha Bijaksana.Qiraat merupakan Satu Ilmu Daripada Ilmu-Ilmu Yang Berkaitan Dengan Al-Quran.Qiraat Juga Merupakan Ilmu Yang Pelik Dan Unik.Ini Kerana Qiraat Berkaitan Dengan Bagaimana Cara Untuk Menyebut Kalimah-Kalimah / Perkataan-Perkataan Al-Quran.Dengan Ini Menjadikannya Satu Ilmu Yang Harus Diketahui Oleh Semua Lapisan Umat Islam,Kerana Ianya Ilmu Yang Mulia Serta Mengajar Bagaimana Membaca Al-Quran.Pada Riwayat-Riwayat Lain Selain Daripada Riwayat Hafs An Aa’shim,Iaitu Riwayat Yang Kita Amalkan.

Dalam Ilmu Qiraat Juga Ianya Mengajar Bagaimana Menyebut Pada Kalimah Kalimah tertentu,yang berlainan Dengan Qiraat HAfs An Aa'shim.Dengan Ini Sesiapa Yang mempelajarinya,akan Dapat Membaca Dengan Betul Dan Mempunyai Keistimewaan Yang Tiada Pada Orang Lain.

Manfaat/ Faedah :Faedah Daripada Ilmu Qiraat Kita akan dapat mempelbagaikan Jenis-Jenis Bacaan.Kita Tidak Terikat Dengan Riwayat Hafs ‘Aan Aa’shim Sahaja.Selain Itu Kita Dapat Menonjolkan Keunikan Al-quran Kepada Orang Bukan Islam dan dapat menarik mereka masuk sama menganut Addinullah (agama Allah -ISLAM).

Kesimpulan :Ilmu Qiraat Merupakan Ilmu Yang Mesti Diketahui Oleh Semua Minda Yang Mengaku Tubuh Dan Darah Dagingnya Adalah Beragama Islam.Di Mesir Rata-Rata Rakyatnya Yang Beragama Islam Menghafaz Al-QuranDan Mengetahui Akan Ilmu Qiraat Ini Sumber-Sumber:- Kitab Syarah Matan al-Syatibiah- Buku-Buku Ilmiah Teori Qiraat- Ustaz-ustaz Pakar Dalam Qiraat
....................................................................................................
*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*

.::biBLi0gRaFi::.

.::biBLi0gRaFi::.
....................................................................................................
*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*

.::CaRiAN tAjUk::.

alhamdulillah..
pertamanya marilah kita semua panjatkan kesyukuran kerana masih diberi peluang untuk mengecapi nikmat melihat ini..

sahabat2 dan pengunjung blog ini...
ahlan wasahlan kami ucapkan..
anda semua boleh melihat tajuk2 yang terdapat di dalam blog ini dengan menekan nama tajuk tersebut.
tajuk2 boleh dirujuk di sebelah kiri dalam ruangan isi kandungan...

ok..selamat berjuang kerana ALLAH
moga anda memperoleh ilmu yang hebat ini dengan penuh keberkatan dariNYA..amiiin ;-)
....................................................................................................
*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*

Thursday, November 12, 2009

bab 28 (mazhab qurra pada ya zawaid)

*BAB YA ZAWAID* (hazaf atau sibat ya)

#Definisi ya zawaid :
-ya’ zawaid ialah ya’ yang di tambah di hujung sesuatu perkataan dalam mushaf rasm uthmani.
# 4 perbezaan di antara ya’ zawaid dan ya’ idzofah :
1)-Ya’ zawaid hanya terdapat di dalam isim & fe’el
Contoh isim =الداع – الجوار
Contoh fe’el = يأت – يسر

-Manakala ya’ idzofah boleh di jumpai dalam isim , fe’el & huruf .
2) Ya’ zawaid tidak di tulis dalam rasm uthmani lain daripada Ya’ idzofah yang tetap di dalamnya .
3) Khilaf yang selalu di utarakan dalam bab Ya’ zawaid adalah mengenai hazaf & isbat ( buang & tambah ) sedangkan di dalam Ya’ idzofah membincangkan tentang pembacaan Ya’ dengan baris sukun / fathah .
4) Ya’ zawaid ada 2 jenis :
• Ya’ zawaid asli : adalah Ya’ yang datang dari kalimah itu sendiri .
Contoh : المنادئ – يوميأت
• Ya’ zawaid zaidah : Ya’ yang di tambah pada sesuatu kalimah dan bukannya dari kalimah itu sendiri .
Contoh : وعيد – نذر

-Ya’ zawaid di namakan sebagai Ya’ zaidah kerana penulisannya tiada dalam mushaf . Ya’ idzofah adalah Ya’ yang di tambah semata-mata dan bukannya Ya’ yang asli .
# Kaedah pada Ya’ yang ditambah atau dihazafkan :

- IMAM HAMZAH menambah Ya’ pada keadaan wasal . Beliau menghazafkan Ya’ ketika waqaf kecuali pada kalimah قال أتمدونن بمال , beliau menambah Ya’ dalam kedua-dua keadaan .
1)( واليل اذا يسر ) في سورة الفجر
2)( مهطعين الى الداع ) في سورة القمر
3) ( ومن ءايته الجوار فى البحر ) في سورة الشورى
4)يوم يناد المناد من مكان قريب ) في سورة ق )
5)( وقل عسى أن يهدين ربى ) في سورة الكهف
6)( فعسى ربى أن يؤتين خيرا ) في سورة الكهف
7)( على أن تعلمن علمت ) في سورة الكهف
8)( لئن أخرتن الى يوم القيمة ) قي سورة الا سراء
9)( ألا تتبعن ۖ أ فعصيت أمرى ) في سورة طه
# Imam Hamzah mengekalkan Ya’ yang selepasnya ada hamzah qoto’ akan membaca ayat-ayat di atas dengan kadar mad munfasil yang telah di tetapkan oleh mereka sendiri ( rujuk bab mad wal qasr ).
# Imam Hamzah akan mengekalkan bacaan Ya’ pada ( ربنا وتقبل دعاء) dalam surah surah Ibrahim dalam keadaan wasal sahaja .

bab 27 (mazhab qurra pada ya idhofat (baris ya)

MAZHAB QURA FI YA AT IDHOFAH

Ya izofah: ya ziadah (ya yang ditambah ) kepada kalimah asli.Ya tersebut tidak duduk sebagai dalam fiel dalam kalimah.

Alamat: Boleh menukar huruf ya kepada kaf atau ha.
- فطرثى- فطرك-فطره
- ضيفى- ضيفك- - ضيفه
- لعلى – لعلك - لعله


1. Ya izafah yang selepas hamzah qoto maftuhah terdapat 99 tempat.
a. Contoh:اني أخا ف
b.
2. Ya izafah selepas hamzah qata mak surah terdapat 52 tempat.
a. Contoh: وخزني الي الله

3. Ya izofah selepas hamzah qata mazmumah terdapat 10 tempat.
a. Contoh: أنى أمر ت

4. Ya lafaz selepas alif lam taarif terdapat 14 tempat.
a. Contoh: عبادى الصلحون

5. Ya I zafah selepas hamzah wasol mufradah terdapat 7 tempat.
a. Contoh:انى أصطفيتك

6. Ya izafah selepas huruf-huruf selain hamzah qata atau hamzah wasol terdapat 30 tempat.
a. Contoh:ومحياي وممماتي


*7 Qura ada 222 ikhtilaf tentang ya idhofah.


Syu’bah Hamzah dan Kisae baca ya pada 2 tempat ini dengan sukun.
a) surah al-taubah فقل لن تخرحو معي أبد
b) surah al-Mulk.قل ارءينم اهلكنى الله ومن معي او رحمنا

Ya izafah yang datang selepas hamzah qata maksurah terdapat 52 tempat.

Ibn Kathir,Syu’bah, Hamzah dan Kisae mensukunkah y pada kalimah
- surah al-Maidah وأمى الهين
- surah Yunusان اخري الا على الله
- surah Syura’ ان احري علي رب العالمين


Kuffiyun(Asim,Hamzah,Kisae) membaca dengan baris sukun pada 2 tempat dibawah.

- -Surah Nuhفلم يزدهم دعاءى الى
- -Surah Yusufملة بآءى ابراهيم

Ibn Katshir dan Kuffiyun mensukunkan ya pada kalimah :

- Dalam surah Yusufحزني
- Dalam surah Hudتوفقيي

Ketujuh-tujuh qura (hamzah) sepakat mensukunkan ya pada kalimah-kalimah berikut :

(surah al-Qosas)يصدقني أنى أخاف
(surah al-A’raf) أنظرني ألى يوم يبحثون
(surah Hijr)فانظرني الى يوم يبعثون
(surah Munafiqun)لولا أخرتني الى أجل
(surah Ahqaf) واصلح لى فى ذريتي أنى
(surah Yusuf) مما يدعو نني اليه
(surah Ghafir) وتدعو نني الى النار

Tujuh Qura sepakat sukun pada tempat ini:
واوفو ا بعهدي أوف بعهدي(surah Baqarah)
ءا توني أفرغ عليه قطرا(surah Kahf)

Ya izofah yang datang selepas alif lam ta’arif terdapat dalam 14 tempat. Imam hamzah mensukunkan pada semua 14 tempat tersebut.Hafs mengikutnya pada satu tempat sahaja.
لا ينا ل عهدى اتل ظا لمين(surah al-Baqarah)

Ibn Amir ,Hamzah, dan Kisae mensukunkan ya pada kalimah( قل لعبادي الذين ءامنوا )Surah Ibrahim.Selain mereka membaca dengan fathah.

Abu Amru,Hamzah dan Kisae akan mensukunkan ya pada kalimah( يا عبا دي رالذن ) yang bersambung dengan ya Nada pada 2 tempat dibawah:

يعبا دي الذين ءامنوا ان أرضى وسعه(surah al-Ankabut)
قل يعبادي الذين أسرفوا(surah al-Zumar)

Selain dari mereka akan membaca ya yang berada pada kalimah diatas de ngan baris fathah.

Ibn Amir dan Hamzah mensukunkan ya pada kalimah ( سأصرف عن ءا يتي الذين ) selain dari mereka akan membaca ya tersebut dengan baris fathah.

Hamzah membaca ya dengan baris sukun pada 14 kalimah dibawah,dan telah disebut nama- nama qura yang mengikutnya dalam bacaan tersebut pada ssetengah kalimah


(1-05) perkataan ( عبادى )dalam surah Ibrahim,Ankabut,Anbia dan Saba

(6) ( ) (عهدي الظالمينsurah al-Baqarah

(7) (أن ارادني الله بضر ) surah Zumar)

(8) (ربى الذي يحي) surah Baqarah

(9)( ءا تنى ا لكتاب ) surah Maryam

(10) (سأصرف عن ءا يتي الذ ين) Surah Araf

(11)( ان أهلكني الله ) surah Mulk

(12) ( مسني الضر)surah Anbia

(13)( مسني الشيطن ) surah Sad

(14) (حرم ربي الفوحش )surah A’raf

Baqi Qura baca 14 kalimah diatas dengan fathah.

Wajah-wajah Qura dalam ayat:

*Syu;bah mendatangkan ya maftiuhah ketika wasol pada kalimah
) يعباد لا خوف عليكم اليو م (.Beliau akan mensukunkan ya apabila waqof.

*Hafs,Hamzah,Kisae,dan Ibn Amir menghazafkan ya pada kalimah tersebut dalam kedua-dua keadaan waqaf dan wasol.

*Nafi,Abu Amru dan Ibn Amir mendatangkan ya sakinah ketika waqof dan wasol.

*Warsh dan Hafs membaca ya dengan baris fathah dalam ( ولي فيها مآرب أخري ) Surah Taha .Ya tersubut akan dibaca dengan sukun oleh selain daripada mereka berdua

*Hamzah mensukunkan ya dalam ( وما لي لا أعبد )surah yasin ,selainnya akan membaca ya tersebut dengan baris fathah.

bab 26 (waqaf pada tulisan mushaf)

*BAB WAQAF PADA TULISAN YANG TERTULIS DALAM AL-QURAN*

Khat / Rasm Uthmani adalah tulisan yang dipakai pada masa Khalifah Usman bin 'Affan dalam penulisan beberapa Mushaf ; di mana tulisan tersebut telah diterima secara ijma’ oleh seluruh sahabat ; kemudian Mushaf-mushaf tersebut dihantar ke beberapa kota besar Islam sebagai Mushaf Imam.

Imam Hamzah bersama ahli Kuffiyun yang lain (‘Asim & Kisaei), mengharuskan mengikut bacaan Rasm Uthmani ketika waqaf.

Terdapat 13 kalimah pada 41 tempat di dalam Al-Quran.
-13 kalimah itu ialah :
1)رحمت
2)نعمت
3)سنت
4)امرت
5)بقيت
6)قرّت
7)فطرت
8)شجرت
9)لعنت
10)جنّت
11)ابنت
12)معصيت
13)كلمت


Pada kalimah اللت (surah An-Najm : 19) مرظات terdapat pada banyak tempat , misalnya pada surah Al-Baqarah : 256 , surah An-Nisa’ : 114 , surah At-Tahrim : 1) –ذات بهجة ( surah An-Naml : 60) dan ولات ( surah Shod : 3), Imam Hamzah mewaqafkan kalimah-kalimah di atas dengan huruf ت .

Pada lafaz وكاين, Imam Hamzah mewaqafkan dengan Nun.

Imam Hamzah mewaqafkan lafaz أياما pada أيا.

bab 25 (waqaf pada akhir kalimah)

*BAB WAQAF DI AKHIR KALIMAH..*

1) Waqaf pada bahasa ialah menahannya dari berjalan.

2)Waqaf pada istilah pula ialah memutuskan suara dari bacaan seketika sama ada untuk
bernafas padanya , dengan tujuan untuk meneruskan bacaan.

3)Pada asalnya , waqaf terjadi dengan menyukunkan huruf yang akan diwaqafkan padanya . Selepas disukunkan maka hilanglah baris yang ada padanya .

4) bagi ahli Kufiin ( A’sim, HAMZAH dan Kisae ): mazhab yang baik pada memperelokkan waqaf nya dengan Raum dan Isymam , akan tetapi mereka juga menggunakan waqaf dengan sukun seperti asalnya .

5) Kebanyakan pendapat ulama’mengatakan Qura’ yang lain menggunakan Raum dan Isymam dengan pilihan iaitu Nafi’,Ibnu Kathir dan Ibnu Amir.

*Raum bermaksud :
---melemahkan suara pada huruf yang berbaris kasroh dan dommah sehingga hilang harakat yang asal , pada kadar 1/3 dari suara.

*Isymam pula bermaksud :
---memuncungkan dua bibir mulut selepas menyebut huruf yang akhir pada kalimah tanpa bersuara pada huruf yang berbaris dommah sahaja.

6)Pendapat ulama’ mengatakan Raum terjadi pada kalimah yang mazmumah , marfu'ah , majrurah dan maksurah . Manakala Isymam hanya pada mazmumah dan marfu'ah .

7)Semua Qura’ tidak harus manggunakan Raum dan Isymam pada kalimah maftuhah dan mansubah , akan tetapi pendapat Imam Nawawi membolehkan penggunaan Raum dan Isymam
ketika dommah , fathah dan kasroh . Walau bagaimanapun pendapat ini tidak di ambil oleh mana-mana Qura’.
8)Adapun Imam Hamzah banyak mewaqafkan di dalam bab ‘Waqaf Hamzah & Hisyam pada hamzah’

*Pada kalimah( مصر ) sukun bagi semua Qura’ termasuk Imam Hamzah.
*Pada marfu’ pada kalimah( نعبد- وقال رجل )sukun dengan menggunakn raum dan ishmam bagi Imam Hamzah dan semua Qura’ tanpa khilaf .

bab 24 (mazhab qurra pada huruf lam)

Warsh menebalkan bacaan huruf lam yang berbaris fathah tidak kira ketika nipis,pertengahan , ataupun akhir ayat .Dengan syarat huruf sebelumnya huruf
ص ض ظ
*contohnya
الصلاة
Bagi lam berbaris kasroh,dhommah,ataupu sukun warash membaca dengan membaca nipis walaupun bertemu dengan huruf yang 3 di atas
*contohnya :
1)lam yang berbaris dhommah يسلون
2)lam yang berbaris kasroh لا صلبكم
3)lam yang berbaris sukun صلصل
*selain itu terdapat banyak khilaf bacaan warash apabila terdapat huruf alif sebelum huruf lam ianya terletak di antara huruf yang 3 itu
contohnya:فصالاء
*Hamzah dan para qura’ baca seperti biasa

bab 23 (bab mazhab qurra pada huruf ra')

*Warash menipiskan bacaan ra’ yang berbaris atas dan berbaris depan dengan 3 syarat:
_sebelum huruf ra’ terdapat huruf ya’ yang sukun
_sebelum huruf ra’ terdapat huruf yang berbaris bawah dalam satu kalimah
_ sebelum huruf ra’ terdapat huruf sukun yang bukan huruf isti’la’
*warash menebalkan huruf ra’ yang di dahului dengan baris bawah atau baris sukun yang sebelumnya berbaris bawah pada الاسما العجمية
_اسرائىيل
_ابراهيم
_عمران
_ارمذات العماد
*Warash menebalkan pada kalimah yang berulang_ulang ra’
*pendapat warash menyatakan pengecualian pada huruf ra’. Mazhab yang lain banyak berpendapat ramai yanh daif dan penyair tidak menyebutnya secara terperinci
*bagi Hamzah dan para qura’ apabila datang huruf ra’ yang sukun dan sebelumnya baris bawah yang asal yang bersambung dengan kalimahnya tanpa ditebalkan
*Hamzah dan semua qura’ akan menebalkan huruf ra’ pada apabila datang sukun selepas baris bawah yang mendatang.Maka memulakan bacaan dengan hamzah wasol
*Hamzah dan semua qura’ bersepakat menipiskan ra’ yang berbaris bawah pada permulaan kalimah
*Hamzah dan para qura’ menipiskan ra’ yang berbaris bawah dan bersambung dengan baris bawah yang mendatang
*Hamzah dan para qura’ baca seperti biasa

bab 22 (bab mazhab kisaie pada imalah ha taknis ketika waqaf)

Takrif ha’ ta’nis ialah ha’ yang berlaku ketika wasal, ta’ di akhir isim dan diwaqafkan dengan ha’ sama ada ditulis dengan ta’ terbuka ta’ ataupun ta’ terikat.
Kisaei mempunyai dua mazhab pada Imalah ha’ ta’nis ketika waqaf
1)Mazbab Tafsili
2)Mazhab Ijmali
*Mazhab Tafsili
#Di imalahkan semua ha’ ta’nis apabila didahulukan dengan 15 huruf daripada lafaz berikut:
فجثت زىنب لذود شمس
1)Huruf fa
2)Huruf jim
3)Huruf tha
4)Huruf Ta
5)Huruf zai
6)Huruf Ya
7)Huruf Nun
8)Huruf Ba
9)Huruf lam
10)Huruf zal
11)Huruf waw
12)Huruf Dal
13)Huruf shin
14)Huruf mim
15)Huruf sin
#Di imalahkan ha’ ta’nis ketika waqaf apabila bertemu dengan salah satu huruf daripada 4 huruf daripada lafaz اكحر
#Apabila sebelumnya terdapat salah satu huruf daripada lafaz اكحرdan sebelumnya terdapat huruf berbaris di bawah
#Apabila sebelumnya terdapat salah satu huruf daripada lafaz اكحرdan sebelumnya terdapat huruf ya’ yang sukun
#Apabila sebelumnya terdapat salah satu huruf daripada lafaz اكحرdan sebelumnya terdapat huruf yang sukun dan sebelumnya huruf sukun tersebut terdapat huruf yang berbaris di bawah
Tidak di imalahkan ha’ ta’nis apabila bertemu dengan salah satu huruf daripada 10 huruf berikut daripada lafaz
حق ضغاف عص خظا

Mazhab Ijmali
#Di imalahkan ha’ta’nis selepas setiap huruf kecuali selepas huruf alif sahaja

#Hamzah dan para qura’ lain baca seperti biasa

bab 21 (fath, imalah dan taqlil)

BAB 21 : FATH,IMALAH DAN TAQLIL
 Pengenalan fath :
-Membuka mulut ketika menyebut huruf Al-quran.
 Pengenalan imalah :
-seumpama menyerupai bunyi hamzah dan hampir kepada baris kasrah.
 Pengenalan taqlil :
-iaitu peringkat pertengahan yang seumpama bunyi imalah dan hampir kepada bunyi fathah.
 Pengenalan fathah dan imalah :
-fathah dan imalah pada lughahnya bermaksud kedua-duanya merupakan bahasa sahih diturunkan bersamanya akan Al-quran.

# Pendapat ahli qura’ mengenainya :

Imam ibnu kathir berpendapat bahawa tiada pembacaan imalah didalam bacaan qiraatnya.
Ibnu amir,’asim,dan qalun mempunyai bacaan imlah didalam qiraat mereka.
Imam warsh mempunyai pembacaan taqlil yang paling banyak didalam qiraatnya dan hanya 1 tempat sahaja imam warsh membaca imalah iaitu pada lafaz kalimah ( )didalam surah ( ).
Imam abu ‘amru mempunyai bacaan imalah dan taqlil sama banyak didalam qiraatnya.
Imam warsh mempunyai bacaan imalah kubra yang paling banyak didalam qiraat mereka.

bab 20 (hukum nun sakinah dan tanwin)

BAB 20 : HUKUM NUN SAKINAH DAN TANWIN


1)وكلهم التنوين أدغموا بلاغنة في الاموالاء ليجملا
1) Bersepakat qura’ yang 7 mengidghamkan tanwin dan nun sakinah dan tanwin tanpa dengung pada lam dan ra’.
Contoh : ( هدى للمتقين – ولكن لا يعلمون – غفور الرحيم – من رزق ربكم)
-Ini dinamakan sebagai idgham bila ghunnah
2)وكل بينمو أدغمو مع غنة وفي الواو واليادونها خلف تلا
2) Bersepakat qura’ 7 mengidghamkan nun sakinah dan tanwin pada huruf a’,nun,dan wau serta dengung seperti :
( من يعمل – وجوه يومئذ – من نعمة – يومئذ ناضرة)

 Khilaf oleh kholaf dan hamzah mengidghamkan nun sakinah dan tanwin tanpa dengung pada wau dan ya.

 Syarat idgham nun sakinah :

-Di akhir kalimah
-Huruf idgham di awal kalimah kedua

# Ini dinamakan sebagai idgham ma’alghunnah



Wajib izhar apabila berhimpun dalam satu kalimah seperti :

(صنوان – قنوان – بنيا – دنيا )

-Ini dinamakan sebagai izhar mutlak.

3)وعندهما أظهر بكلمة مخافة أشباه المضاف أثقلا
3) Diizharkan nun sakinah apabila berhimpun nun sakinah bersama wau @ ya’ dalam satu kalimah dua huruf yang sama.
Contoh : (دنيا – بنيا – قنوان – صنوان )

4)وعند حروف الحق للكل أظهرا ألا هاج حكم عم حالية غفلا
4) Bersepakat qura’ 7 mengizharkan nun sakinah dan tanwin ketika bertemu kedua-duanya daripada huruf halqi iaitu :
Bil Huruf contoh
1 ء ينأون – من امن – كل امن
2 ه ينهون – من هاد – جرف هار
3 ح وانحر – من حكيم حميد
4 ع أنعمت – من عمل – حكيم عليم
5 غ فسينغضون – من غل – غفورا رحيما
6 خ المنخنقة – من خير – ذرة خيرا

# Ini dinamakan sebagai izhar halqi




5) وقلببهما ميما لدى البا وأحفيا على غنة عند البواقي ليكملا
5) Bersepakat qura’ 7 menukarkan nun sakinah dan tanwin kepada mim ketika bertemu ba’ serta memelihara ghunnah dan ikhfak.
Contoh : ( أنبؤنى – من بين أيدهم عليهم بذات الصدور )

- Baki 15 huruf dinamakan ikhfak haqiqi dan dibaca secara dengung.
Contoh :-

Bil Huruf Contoh
1 ص ينصركم
2 ذ منذر
3 ك ينكثون
4 ج أنجبناكم
5 ط تنطقون
6 ز أنزلناه
7 ف أنفقوا
8 ت وأنتم
9 ش ينشئ
10 ق منقلبون
11 س منسأته
12 د أندادا
13 ث منثورا
14 ض منضود
15 ظ ينظرون

bab 19 (bab huruf yang hampir pada makhrajnya)

BAB 19 :HURUF YANG HAMPIR DENGAN MAKHRAJNYA

3) وعذت على ادغامه ونبذتها شواهد حماد وأورثتمو حلا
4) له شرعه والراء جزما بلامها كواصبر لحكم طال بالخلف يذبلا

 Hamzah,kisaie dan abu amru ( ش ,ح ) mengidghamkan zal ke dalam ta pada lafaz (عذت) iaitu pada dua tempat :-

1) وقل موسى اني عذت (عذت) بربي وربكم pada surah al-ghafir
2) واني عذت (عذت) بربي وربكم pada surah al-dukhan

Dan mengidghamkan ke atas yang lainnya pada zal ke dalam ta (فنبذتها ) pada surah taha dan diizharkan zal oleh baki qurra’ pada tiga tempat.

 Pada pendapat abu amru,hisyam,hamzah dan kisaie iaitu dengan mengidghamkan tha ke dalam ta pada lafaz (أور¬ثتموها) pada dua tempat iaitu :- رثتموها بما كنتم تعملون أوpada surah al-a’raf dan surah al-zukhruf serta baki (أورثتموها بما كنتم تعملون ) qurra’ mengizharkannya iaitu mengekalkan bacaan seperti asal.


5) وياسين أظهر عن فتى حقه بدا ونون وفيه الخلف عن ورشهم خلا
 Hafs,Hamzah,Ibnu Kasir,Abu Amru dan qalun ( ع,ف,وحق,ب) membaca dengan mengizharkan nun ( يس ) ke dalam wau ( والقرءان ) sepertimana ن.والقلم )).

يس.والقرءان

Baki qurra’ mengidghamkan nun pada dua tempat melainkan warsh yang mana mengidghamkan dan mengizharkan pada ) ن.والقرءان ( ,mengizharkan pada tempat ini banyak dihebahkan oleh ahli ada’.

Pada bahagian ini Nafi’ dan ibnu kathir ma’tufkan (cenderung) ke atas
( ظهر ويس أ ) dalam kalimah ) حرمى ) dan ‘asim bagi rumusnya
( ن ) membaca dengan mengizharkan dal ( كهيعص )ke dalam zal
( ذكر ) – ( كهيعص ذكر ) dalam surah maryam dan kemudiannya
Mengizharkan dal ke dalam tha ) ومن يرد ثواب ).

- ( ومن يرد ثواب ) pada tempat ini dalam surah al-imran dan mengizharkan tha ke dalam ta ( لبثت )dal ke dalam wau yang tunggal ( لبثتم ) dan ke atas wau yang berhimpun yang mana mendorong ianya datang dalam al-quran.Baki qurra’ iaitu abu amru,ibnu kathir,hamzah,dan kisaie mengidghamkannya.



) وطاسين عند الميم فاز اتخذتمو أخذتم وفي الافراد عاشر دغفلا 7

Hamzah ) ف) mengizharkan nun dihujung sin - س ي ن ke dalam
huruf mim pada lafaz ) طسم) pada awal surah al-isra’ dan surah al-qisas
dan baqun (‘asim) pula mengidghamkan pada kedua-dua tempat ini.

 Pendapat yang terakhir adalah ibnu kathir berpegang dengan dua tempat
( izhar dan idgham ) manakala warsh hanyalah berpegang dengan satu
Pendapat iaitu dengan mengizharkan ba yang jazam ke dalam mim pada lafaz ( يعذب من يشاء ) dibaca dengan ( يعذب من يشاء ) pada surah al-baqarah dan yang lebih jelas adalah ibnu kathir hanyalah mengizharkan sahaja.Bagi qalun,abu amru,hamzah dan kisaie pada ba yang jazam dengan mengidghamkannya ke dalam mim sepertimana contoh ( يعذمن ).Ibnu
Amir dan ‘asim pula mengizharkan terhadap ba yang rofo’ sepertimana contoh ( يعذب من يشاء ).


(Imam yang terlibat sepenuhnya dalam bab ini adalah ibnu kathir,qalun,
dan warsh).

bab 18 (bab ittifaq qurra pada idgham dzal iz, dal qad, ta ta'nis, lam hal dan bal)

1) bab ini membincangkan mengenai persepakatan para qurra dalam ba dzal iz, dal qad, ta’ ta’nis dan lam hal bal

2) penerangan (tiada khilaf pada idgham)

i. dzal iz pada dzal dan zoاد دهب ظ / اد ظلمتم
ii. dal qad pada dal dan ta وقد دخلوا / قد تبيب الرشد
iii. ta’ ta’nis pada ta, dal dan tho فما ربحت تجارتهم / قلت دعوا / قالت طائفة
iv. lam hal pada lam فهل لنا من شفعاء
v. lam bal pada lam dan ro بل لا تكرمون اليتيم / بل رفعه
vi. lam qul pada qad قل لكم ميعاد
vii. apabila berjumpa dua huruf yang sama dan huruf yang pertamnya mati, ianya mesti diidghamkan. يدرككم الموت / اضرب بعصاك الحجر

Wednesday, October 21, 2009

bab 17 (lam 'hal' dan 'bal')

1) bab ini membincangkan mengenai huruf yang diidghamkan atau diizharkan kepada huruf lam pada kalimah hal dan bal. terdapat 8 huruf yang terlibat dalam bab lam hal dan bal ini.

2) namun, terdapat beberapa perselisihan mengenai pembahagian huruf kepada kalimah hal dan bal ini iaitu :

- huruf khusus yang hanya berada selepas huruf lam pada kalimah hal iaitu huruf ta sahaja dan terdapat dalam surah Muthaffifin.
- huruf khusus yang berada selepas huruf lam pada kalimah bal iaitu huruf zai, zho, dhad, dan sin.
- huruf bersama yang berada selepas huruf lam pada kalimah hal dan bal iaitu huruf nun dan ta

3) imam hamzah mengidghamkan huruf sin pada kalimah bal, ta pada kalimah hal dan bal serta mengizharkan selain daripada huruf itu.

4) contoh :

س = بل سولت لكم أنفسكم

ت = هل ترا من فطور

bab 16 (ta ta'nis)

bab ta' ta'nis

1) bab ini membincangkan mengenai huruf yang diidghamkan dan diizharkan kepada huruf ta' ta'nis. terdapat 6 huruf yang terlibat dalam bab ta' ta'nis ini.

2) imam hamzah pada rawinya iaitu khalaf dan khallad bersepakat mengidghamkan semua huruf tersebut apabila berada selepas ta' ta'nis tanpa khilaf.

3) huruf-huruf tersebut ialah ج ظ ز ص ث س

4) dalil

وابد سنا ثغر صفت زرق ظلمه

5) contoh

س = أنزلت سوره
ث = كدبت ثمود
ص = حصرت صدورهم
ز = كلما خبت زدنهم سعيرا
ظ = كانت ظالمه
ج = وجبت جنو بها

bab 15 (DAL QAD ( دال قد ))

المثال الحرف المثال الحرف
﴿ ولقد زينا السمآء ﴾ الزاي ﴿ قد سألها قوم ﴾ السين
﴿ لقد جآءكم رسول ﴾ الجيم ﴿ ولقد ذرأنا ﴾ الذال
﴿ ولقد صرفنا ﴾ الصاد ﴿ فقد ضل ﴾ الضاد
﴿ قد شغفها حبا ﴾ الشين ﴿ فقد ظلم نفسه ﴾ الظاء

Bacaan qura’ pada dal qad :
1. ‘Asim, Qalun, Ibnu Kathir akan mengizharkan pada semua huruf.
2. Warsh akan mengidghamkan pada huruf dhad ( ﺾ ) dan zho’ ( ﻇ ) serta mengizharkan baki huruf tersebut.
3. Ibnu Zakuan akan mengidghamkan pada huruf dhad ( ﺾ ), zal ( ﺫ ), zai ( ﺯ ) dan zho’ ( ﻆ ). Pada huruf zai akan dibaca dengan 2 wajah iaitu izhar dan idgham. Baki qura’ akan membaca dengan izhar pada baki huruf.
4. Hisyam akan mengidghamkan pada semua lapan huruf kecuali pada lafaz (ﻠﻘﺪ ﻆﻠﻤﻚ ) dalam surah Sad akan dibaca dengan izhar.
5. Kisaei, Abu ‘Amru dan Hamzah akan membaca dengan mengidghamkan pada semua 8 huruf tanpa khilaf.

bab 14 (ZAL IZ ( ذال إذ ))

المثال الحرف المثال الحرف
﴿ إذ دخلوا عليه ﴾ الدال ﴿ إذ تمشى أختك ﴾ التاء
﴿ لولآ إذ سمعتموه ﴾ السين ﴿ وإذ زين لهم الشيطن ﴾ الزاي
﴿ وإذ جعلنا البيت ﴾ الجيم ﴿ وإذ صرفنآ إليك ﴾ الصاد


Bacaan qura’ pada zal iz :
1. Nafi’, Ibnu Kathir, ‘Asim akan membaca dengan mengizharkan zal iz pada kesemua 6 huruf .
2. Khalaf akan mengidghamkan zal iz pada huruf ta’ ( ﺕ ) dan dal ( ﺪ ). Baki qura’ akan mengizharkan pada huruf lain.
3. Ibnu Zakuan akan mengidghamkan pada huruf dal (  ) sahaja dan baki qura’ akan mengizharkan pada huruf yang lain.

وإدغم ضنكا واصل توم دره
4. Kisaei dan Khalad akan membaca dengan mengizharkan pada huruf jim ( ج ) sahaja. Manakala baki qura’ akan mengidghamkan pada 5 huruf ta’ ( ت ),zai (  ), sod ( ص ), dal ( د ), sin ( س ).
5. Imam yang tidak disebut seperti ‘Amru dan Hisham dibaca dengan idgham pada 6 huruf.

bab 13 (IZHAR DAN IDGHAM)

Idgham pada bab ini menceritakan mengenai idgham saghir pada huruf pertamanya sukun dan pada huruf keduanya berbaris.
Lafaz yang disebut pada kalimah iz dan qad,ta’ ta’nis, serta hal dan bal.
Bab ini membincangkan mngenai perlunya untuk mengidghamkan atau mengizharkan pada kalimah-kalimah tersebut.

Wednesday, October 07, 2009

bab 12 (waqaf hamzah pada pendapat imam hamzah dan hisyam)

Imam Hamzah memudahkan hamzah pada ketika waqaf samada di tengah ataupun di akhir.

Ada 4 cara bacaan bagi Imam Hisyam :
1)Ibdal
2)Naqal
3)tashil Baina-Baina
4)Hazaf

(1)Ibdal :-
- Tukar hamzah sakin pada huruf Mad daripada jenis baris huruf sebelumnya samada hamzah di tengah ataupun di akhir.

- بواءنا - الموءمنون - اقراء

2)Naqal :-
- Jika hamzah itu berbaris dan sebelumnya huruf sakin. Pindahkan baris hamzah pada huruf yang sebelumnya itu. Kemudian hazafkan hamzah itu.

(3)Tashil Baina Baina
- Daripada bahagian hamzah( ء ) bagi hamzah ketika waqaf iaitu memudahkan satu persatu. Bahagian ini pada hamzah ( ء ) didahului dengan alif ( ا ) seperti ( الملاءكة ) ( أولىءك ) dan kalimah ( دعاء ونداء )

4)Hazaf
Hamzah berada diakhir kalimah dan sebelumnya ada alif ketika waqaf hazmah adalah sakin, kemudian tukar kepada alif, jadi bertemu dua alif, haruslah hazaf salah satu supaya tidak himpun dua alif dan harus juga kekal.

Terdapat tiga wajah :
(1)Sebelum hamzah huruf wau yang ditambah gantilah hamzah dengan wau, kemudian idgham wau pertama dalam wau kedua.
(2)Sebelum hamzah huruf wau atau 'ya' asli ada dua iaitu Naqal/Ibdal serta Idgham.

Hamzah berbaris yang jatuh selepas huruf berbaris ada 9 bahagian :

1 Fathah selepas kasroh
2. Fathah selepas dhommah
3. Fathah selepas fathah
4. Kasroh selepas dhommah
5. Kasroh selepas kasroh
6. Kasroh selepas fathah
7. Dhommah selepas dhommah
8. Dhommah selepas fathah
9. Dhommah selepas kasroh

Tuesday, October 06, 2009

bab 11 (memindahkan harakat kepada sukun sebelumnya)

1. Harokah untuk Warsh pada setiap sukun akhir :

Warsh - Pindah huruf Naqol kepada huruf sebelumnya dengan 3 Syarat :

2. SYARAT:

1. Pindah huruf sukun kepadanya.
2. Sukun pada akhir kalimah dan hamzah pada awal kalimah berikutnya.
3. Sukun pindah kepadanya sahih dengan tidak jadi huruf mad.

CONTOH : "قدافلح" Apabila dinaqalkan dengan 3 syarat menjadi "قدفلح".

bab 10 (hamzah mufrad)

* Kaedah asas warsh menggantikan hamzah yang sukun ialah dengan syarat huruf fa ( ف ) pada wazan فعل

* Warsh menggantikan hamzah yang berbaris sukun dengan syarat, terletak pada fa ( ف ) ( فعل )
* Wazan :
يُوءْمِنُونَ = يُفْعَلُونَ
تَأْلَمُونَ = تَفْعَلُونَ
اءت = اَفْعَ

* Menggantikan hamzah yang mati dengan mengikut baris sebelumnya iaitu huruf hamzah yang mati atau berbaris sukun seperti yang berikut :

- Apabila sebelumnya berbaris fathah digantikan dengan alif ( ا )
Contoh : تَأْلَمُونَ - تَاْلَمُونَ

- Apabila sebelumnya dhommah digantikan dengan wau ( و )
Contoh : اَلْمُوءْمِنُونَ - اَلْمُومِنُونَ

- Apabila sebelumnya berbaris kasroh digantikan dengan 'ya' ( ي )

* Ada kalimah yang tertentu yang tak ditukar Warsh
Contoh : المأوى - مأونهم - فأووا - توءويه - مأواه

* Ahli Al-'Adak bersama susi menggantikan hamzah sukun sama juga dengan Warsh.

bab 9 (Hamzatain min kalimatain)

Hamzatain min kalimatain

Abu Amru (اسقط)menjatuhkan hamzah awal dengan membaca \dengan cara qasor(قصر)2harkat, tawasud (توسط)4harkat.

MAFTUHATAIN(جاء أمرنا) >

MAKSURATAINهؤلاء أن)>

MADMUMATAIN(أو لياء)

Qalun dan Bazi menjatuhkan hamzah awal ()FATHATAIN sahaja.
Qalun dan Bazi baca tashil
1=MAKSURATAIN
2=MADMUMATAIN

Warsh dan Qunbul baca dengan tashil
Warsh bacaهؤلاء))dengan 3 wajah
>tashil
>ganti dengan huruf mad dibaca 6harkat
>ganti dengan huruf Ya

(_فلماجاء ال لوط) Warsh baca 2/6 harkat

Ahli Sama(Nafi’,Ibn Kasir,AbuAmru,) tashil bagi hamzah yang tidak sama barisمختلفتين)
Dengan syarat:

-1antara hamzah dgn ya…تفىء الى

-2antara hamzah dengan wau…جآء أمّة

(اسّفهاءالا) =ibdal hamzah ke2 dengan wau
(مناالسماءاوئتنا)=ibdal hamzah ke2 dengan ya



1.Tashil antara hamzah dan ya
2. Ibdal (ganti)wau yang sempurna

Baki Qura termasuk Hamzah membaca ayat berikut dengan hamzah sempurna .

Penjelasan tambahan;

• MAKSUD IBDAL-ADALAH MENGGANTIKAN HAMZAH DENGAN HURUF ALIF,WAU DAN YA.DAN BUKAN SEBARANGAN HURUFYANG TIDAK ADA PENGARUH HAMZAH.

• MAKSUD TASHIL-ADALAH MENYEBUT HAMZAH DENGAN MUDAH PADA SEBUTAN HURUFNYA DENGAN MENGIKUT HARKAT YANG DITETAPKAN.

Tuesday, September 29, 2009

bab 8 (Hamzatain min kalimah)

HAMZATAIN MIN KALIMAH

Semua ahli (سما)SAMA’ Nafi,Ibn kasir dan Abu Amru baca tashil (memudahkan sebutan )pada hamzah kedua antara baris harkat seakan berbunyi(ها)
مفتوهة=ءانزرتهم
مكسورة=ائذا
مضمومة=اؤنبئكم
Hisyam baca tashil …
Zakuan baca tahkik …
Hamzah sohbah(صحبهMembaca dengan (اسقط)menjatuhkan hamzah pertama
^Warsh baca ibdal

(انكانذامال وبنين
^ Hamzah (sohbah) menambah hamzah
^Ibn Amir menambah hamzah dan tashil
^Baki qura baca 1 hamzah

قال فرعون امنتم)سورة الاعرف)
(قال آ منت)سورة الشعراء
*Ittifaq qura membaca dengan ibdal hamzah dengan wau(و)>>

* Hamzah (sohbah) menjelaskan sebutan hamzah.

*Qunbul isqot(_اسقط) hamzah awal pada surah Thoha>(ءآ منتم)>qunbul juga ibdal hamzah pertama dengan wau(و)فرعون و ءامنتم) (dan memudahkan hamzah pada sebutan ke2ز

*Hafaz menjatuhkan hamzah pertama

*Baki qura seperti Nafi,Bazi,Abu Amru,Ibnu Amir membaca dengan jelas hamzah awal dan memudahkan hamzah yang ke2.


LAM TA’RIF

Semua ahli Qura menggantikan hamzah wasol huruf mad dengan bacaan 6 harkat.
Hamzah yang pertama adalah hamzah istifham(pertanyaan) alif bertanda hamzah bermaksud (adakah).Manakala hamzah kedua adalah hamzah wasol.

Surah Al-An’amآلذكرين) (

Surah Yunusآلآن) (

Surah Yunus(آللة أذن لكم) (

Surah An-Naml(آللة خير أما يشركون)(



(قا ل موسي ما جئتم بة ا لسحر)
Abu Amru mengertikan>>أالسحر>> as sihir (adakah sihir) Lain Qura mengertikan <<أالسحر<
Wajah (cara) bacaan Abu Amru ada dua ;
1.Mad mushabba’ 6 harkat
2.Tashil dengan kosor tanpa mad selamanya.


Hamzah dalam satu kalimah ada 3 jenis;

• Maftuhatain-keduanya berbaris atas.
• Maftuhah dengan maksurah-Satu berbaris atas dan satu lagi berbaris bawah
• Maftuhah dengan madmumah-Satu berbaris atas dan satu lagi berbaris depan.

ادخا ل
• Memasukkan alif mad dengan kadar 2harkat antara dua alif baris fathah dan alif baris fathah awal dan kasrah.
• Hisyam baca dengan khilaf memasukkan dan tidak memasukkan.
• Baki qura termasuk Hamzah tidak udkhul(memasukkan) dengan satu-satunya pilihan.

Qalun dan Abu Amru baca 2hamzah dengan memasukkan hamzah pertama kedalam hamzah ke2.

أئمة

Ahli Sama membaca dengan tashil(memudahkan)sebutan hamzah ke2.Selain itu ahli sama membaca ibdal(ganti)hamzah ke2 dengan
ايمة(ي).

*Berikut adalah 5 surah yang mengandungi kalimah<أئمة<

.1Surah At-tauba (فقاتلوآ أئمة ألكفر)

.2surahAl-Ambia (وجعلنهم أئمة يهدون بأمرنا)

.3surah Qasas (ونجعلهم أئمة )

.4surah Qasas(وجعلنهم أئمة يدعون الي النار)
.5surah Sajadah وجعلنا منهممة يهدون بامرنا)أ

bab 7 (Mad Wa Ziadah المد والقصر)

Mad Wa Ziadah المد والقصر

Mad dari segi lughah; menambah
Mad dari segi istilah;memanjangkan suara dengan huruf mad ketika bertemu hamzah atau sukun.

Huruf mad ada tiga;
1)alif sukun dan fathah sebelumnya
2)wau sukun dan dhommah sebelumnya
3)ya sukun dan kasroh sebelumnya.

Bahagian mad ada 2;>asli< >far’e>اصلي/طبعي>< فرعي



Mad munfasil

Huruf mad pada akhir kalimah dan hamzah pada kalimah ke-2.
Contoh; بمآ انزل اليك


CARA BACAAN IMAM

-1Warsh dan hamzah baca 6 harkat
-2Susi dan Ibn kasir (قصر ) baca 2 harkat
-3Qalun dan Duri Abu amru (توسط ) baca 2/4 harkat
-4Baki Qura baca 4/5 harkat


Mad mutasil

Huruf mad dan hamzah dalam 1 kalimah
Contoh:
فمن شآء


CARA BACAAN IMAM

-Warsh dan hamzah baca 6 harkat
-Baki Qura baca 4/5 harkat

Mad Badal

Apabila hamzah mendahului mad dengan syarat tiada hamzah sukun selepas mad.
Contoh;فتلقّّي ءادم


CARA BACAAN IMAM

-Hamzah dan baki Qura baca 2 harkat
-Warsh baca 2/4/6 harkat.

Sukun

اصلي +asli
عرضي-arid (mendatang)

MAD LAZIM KALIMI

Musaqol= وجوّد تشديد
(الحآقّّّة)
Mukhofaf=
(محياي)

Semua qura dan Hamzah baca 2/4/6 harkat untuk semua tempat berhenti.


MAD LAZIM HARFI

Mesti dibaca 6harkat ketika waqof atau wasol.huruf-hurufnya mempunyai 3 huruf apabila dieja.( نون ) ( قاف) ) صاد )


Ianya terletak dipermulaan surah,seperti surah Baqarah,Qalam,Yasin dan banyak lagi.

Hurufnya adalah=ن ق ص ع س ل ك م( نقص عسلكم)


MAD LIN MAHMUZ

Warsh baca 4/6 harkat ketika sambung atau waqof.
Baki qura hamzah baca 2/4/6 harkat tika waqof

bab 6 (ha kinayah)

Maksud : dhamir yang digerakkannya dengan daripada mufrad ghaib

Terbahagi kepada 4 keadaan
1) berada diantara huruf yang berbaris dan huruf sukun
contoh : له الملك

2) berada diantara 2 huruf sukun
contoh : منه أسمه المسيح

3) berada diantara 2 huruf yang berbaris
contoh: لتعجل به أن علينا

4) berada diantara huruf yang sukun dan huruf berbaris
contoh: فيه هدى


cara bacaan :

i) pada kalimah يِؤده, نؤله, نصله, نؤته
-nama-nama qurra : hamzah, syu’bah dan abu amru
-jenis bacaan : memasukkan ha
Mengkasrohkan ha tanpa silah
Wajah pertama seperti qalun

ii) pada kalimah ليهم فألقه
-nama-nama qurra : hamzah, syu’bah, abu amru dan hafs
-jenis2 bacaan : mansukunkan ha

iii) mazhab qurra pada kalimah يرضه, يره, أرجئه
-nama-nama qurra : hamzah, a’sim, nafi’ dan hisyam
-jenis bacaan : mendhommahkan ha tanpa silah

iv) khilaf ahli-ahli qurra pada kalimah خيرا يره, شرا يره
-baki qurra : mensukunkan ha pada 2 tempat yang disebut pada wasal
dan waqaf.
mendhommahkan ha dan menyambungnya dengan kadar
2 harkat dalam keadaan wasal.
mensukunkan ha apabila waqaf.

v) pada kalimah فألقه اليهم
-baki qurra : mengkasrohkan ha dengan silah

vi) pada kalimah ويتقه فاؤلئك
-khallad : baca khilaf dengan sukun

Wednesday, September 09, 2009

bab 5 (idgham harfain)

با ب ٥ :ادغام الحرفين
Bab ini ,majoriti khilaf dikuasai oleh susi .
SUSI
-membaca dengan idgham.
Contoh :-
• mengidghamkan ق dalam ك (المتقاربان),
> sebelum ق berbaris {يرزقكم}
> selepas ك mim jamak {ميثاقكم}
• mengidghamkan ج dalam huruf{ذي المعارج تعرج}
• mengidghamkan شdalam س {اذالابتغواا ليذي العرش سبيلا}
-membaca dengan idgham dan izhar
Contoh:-
• apabilah terdapatن نسوه selepas ك yangّ {عسي ربه ان طلقكنّ}
KHILAF SUSI YANG SELEBIHNYA ,SILA LAYARI BLOG ABU AMRU
IMAM HAMZAH & BAKI QURA
-membaca dengan izhar sahaja
• ع <-ح {فمن زحزح عن النار}
• ق,ك {وخلق كل شيء}
• ق memasukkan{ونقدس لك قال}
• Izharkan ق dalam ك :{وفوق كل ذي علم عليم}
ك dalam ق :{و تركوك قايما}


kesimpulan:-1)susi membaca dengan membaca idgham
2)baki qura membaca dengan izhar

Wednesday, August 26, 2009

bab 4(idgham kabir)

با ب 4:ادغام الحرفين
Bab ini ,majoriti khilaf dikuasai oleh susi .
SUSI
-membaca dengan idgham.
Contoh :-
• mengidghamkan ق dalam ك (المتقاربان),
> sebelum ق berbaris {يرزقكم}
> selepas ك mim jamak {ميثاقكم}
• mengidghamkan ج dalam huruf{ذي المعارج تعرج}
• mengidghamkan شdalam س {اذالابتغواا ليذي العرش سبيلا}
-membaca dengan idgham dan izhar
Contoh:-
• apabilah terdapatن نسوه selepas ك yangّ {عسي ربه ان طلقكنّ}
KHILAF SUSI YANG SELEBIHNYA ,SILA LAYARI BLOG ABU AMRU
IMAM HAMZAH & BAKI QURA
-membaca dengan izhar sahaja
• ع <-ح {فمن زحزح عن النار}
• ق,ك {وخلق كل شيء}
• ق memasukkan{ونقدس لك قال}
• Izharkan ق dalam ك :{وفوق كل ذي علم عليم}
ك dalam ق :{و تركوك قايما}


kesimpulan:-1)susi membaca dengan membaca idgham
2)baki qura membaca dengan izhar

bab 3(uMMul QuraN..)

ام القران

 Pada kalimah (ملك يوم الدين) Hamzah membaca dengan menghazafkan (membuang) huruf alif mad.
• Hamzah riwayat Qholaf membaca dengan ishmam kedua-dua huruf sod pada kalimah (اهد نا الصراط المستقيم & صرط الذين) dan bagi riwayat Qollad membaca dengan ishmam pada huruf sod pertama yang terdapat di dalam surah Al-Fatihah.

 Hamzah membaca dengan dhommah huruf Ha (ه) ketika waqaf dan wasal pada kalimah (عليهم)

 Dan kalimah (سواء عليهم ءأنذرتهم أم لم تنذرهم لا يؤمنون),
• Hamzah membaca dengan sukun pada mim jama’.

 Apabila datang م jama’ sebelum huruf mati,semua Qurra(termasuk Hamzah) membaca dengan م untuk mengelak daripada bertemu dua sukun ketika wasal dengan tanpa panjang.Contoh :
منهم المؤمنون واكثرهم الفسقون


-Rawi Kholaf membaca dengan ishmam pada huruf “Shod” seperti bunyi huruf “Zai” sebagaimana huruf “Dzho’” yang dibaca oleh orang awam , pada lafaz “Shirot”“ dan "As-Shirot”.

-Rawi Khallad hanya membaca dengan ishmam pada lafaz “As-Shirot” yang pertama sahaja seperti Rawi Kholaf. Manakala pada lafaz “Shirot”, Khallad membaca tanpa ishmam seperti baki Qurra’


Imam Hamzah mendhommahkan huruf “Ha’”pada 3 kalimah dibawah samada ketika wasal dan wakaf :

1. A’laihim = A’laihum
2. Ilaihim = Ilaihum
3. Ladaihim = Ladaihum


-Apabila datang “mim jama’” sebelum daripada huruf sukun, semua Qurra’ mendhommahkan “mim” dan ketika wasal dibaca tanpa shilah iaitu tanpa mad.
Dan apabila datang “mim” sebelum sukun dan sebelum “mim” itu huruf “ha’” dan sebelum huruf “ha’” itu huruf “ya’ sukun” atau huruf yang berbaris kasrah


-Hamzah membaca dengan mendhommahkan huruf “ha’” dan “mim”.

-Imam Hamzah wakaf pada 3 kalimah tersebut dengan mendhommahkan “ha’” dan mensukunkan “mim”.

1. (Bihimul asbab)
2. (Yuwaffiihimullah)
3. (Yauma Ya’tiihimul a’zhab)


Qalaf Dari Ishmam Membunyikan Suara Zai ( ز ) Sepertimana Disebut ( ظ ) Selain Keluar Dengan Lisan,Keetika Mana Bacaan Lafaz ( صراط ) Dan ( الصراط )


2)Qallad-baca pada pada sirat yang pertama..dalam surah al-fatihah sahaja

.......................................................................................
sambungan...
Bab 3 (Ummul Quran)
Syarah pertama(1)
-Pada kalimah (maliki yau middin) Hamzah membaca dengan menghazafkan (membuang) huruf alif mad.
-Hamzah riwayat Qholaf membaca dengan ishmam kedua-dua huruf sod pada kalimah (ihdi nas siro thol mustaqim & siro thol lazhi) dan bagi riwayat Qollad membaca dengan ishmam pada huruf sod pertama yang terdapat di dalam surah Al-Fatihah.

Syarah kedua(2)
-Hamzah membaca dengan dhommah huruf Ha (o) ketika waqaf dan wasal pada kalimah (‘alaihim)

Syarah ketiga(3)
-Dan kalimah (sawa un ‘alaihim a anzar tahum am lam tun~ zirhum la yuk minun),
Hamzah membaca dengan sukun pada mim jama’.

Bab 2(Basmallah..)

BASMALAH
TAKRIF BASMALAH

Basmalah ringkasan daripada kalimah Bismillahir Rahmanir Rahim yang bermaksud dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

SUMBER

Lafaz basmalah terdapat di dalam mazhaf Al-Quran yang mulia iaitu dalam surah An-Naml pada ayat-30, yang bermaksud :

" Sesungguhnya ia (surah) daripada Sulaiman dan sesungguhnya (isi kandungannya) Bismillahir Rahmanir Rahim "

CARA MEMBACANYA

Pembacaan lafaz basmalah ketika hendak melakukan sesuatu pekerjaan yang baik adalah disunatkan lebih-lebih lagi ketika hendak membaca Al-Quran sama ada di permulaan surah atau di pertengahan pembacaan ayat-ayat suci Al-Quranul Karim.

Terdapat sepotong hadis yang disabdakan oleh Rasulullah S.A.W. yang bermaksud :

" Setiap perkara kebaikan (kebajikan) yang tidak digunakan dengan lafaz Bismillahir Rahmanir Rahim maka amalan tersebut akan terputus (daripada keberkatan)

MEMBACA LAFAZ BASMALAH DI ANTARA 2 SURAH

Imam Hamzah berpendapat bahawa tidak perlu membaca basmalah di antara 2 surah di atas sebab-sebab yang tertentu.

Terdapat 4 tempat sahaja yang dibaca dengan bersaktah di dalam Al-Quran oleh imam Hamzah, iaitu :

1.
Di akhir surah Al-Muddasir, di awal surah Al-Khiamah.
2.
Di akhir surah Al-Infithor, di awal surah Al-Muthoffifin.
3.
Di akhir surah Al-Fajr, di awal surah Al-Balad.
4.
Di akhir surah Al-'Assr, di awal surah Al-Humazah.


1)Hamzah menyatakan menyambung tiap-tiap antara dua surah.

2)Bagi seluruh qura’ pada wajah diantara surah anfal & attaubah 3 keadaan

# Sambung

# saktah tanpa nafas

# berhenti serta ambil nafas & tiapnya tanpa basmalah


3) Pada kalimah ((مالك qiraat Hamzah riwayat Khalaf dan riwayat Khalad :

§ ﺤﺬﻒ ﺍﻠﻴﻒ (membuang ﺍﻠﻴﻒ ) pada kalimah

(ما لك ) = menjadikan cara bacaannya (ملك )

§ Pada kalimah ﻋﻠﻴﻬﻢ membaca dhammah Ha pada kalimah tersebut

· Pada kalimah ﺼﺮﻄ Khalaf membaca isymam صاد

ﺼﺮﻄ =


RINGKASAN BAB 2

بسمله
Hamzah membaca dengan cara menyambung dua surah tanpa basmalah.

Hamzah membaca saktah pada 4 tempat :
1)Di akhir surah Al-muddathir,di awal surah Al-Qiyamah.
2)Di akhir surah Al-Infithor,di awal surah Al-Muthoffifin.
3)Di akhir surah Al-FAjr,di awal surah Al-Balad.
4)Di akhir surah Al-A’sr,di awal surah Al-Humazah.

3 cara Hamzah meneruskan bacaan antara akhir surah Al-Anfal dan surah At-Taubah :
1)Sambung akhir surah Al-Anfal dengan awal surah At-Taubah.
2)Saktah(berhenti sekejap) tanpa nafas baru.
3)Waqaf pada akhir surah Al-Anfal kemudian baca awal surah At-Taubah tanpa basmalah.

bab 1(iSti'aZah..)

الستعاذه
Maksud dari segi bahasa : Berlindung.

Maksud dari segi istilah : Lafaz yang menghasilkan perlindungan dan naungan daripada syaitan yang dilaknat.Juga dikenali sebagai Ta’auwudz.
Dalil tuntutan membaca isti’azah:
Bermaksud…“Apabila kamu hendak membaca Al-Quran maka hendaklah kamu meminta pertolongan kepada Allah daripada syaitan yang direjam.”
[surah An-Nahl;ayat 98]
Terdapat 3 lafaz sighah isti’azah :
i)اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
ii)اعوذ بالله السميع العليم من الشيطان الرجيم
iii)اعوذ بالله من الشيطان

Terdapat 4 cara membaca isti’azah & basmalah pada awal surah :
i) Berhenti pada isti’azah & pada basmalah(inilah cara yang paling baik)
ii) Berhenti pada Isti’azah & menyambung basmalah dengan awal surah.
Iii) Menyambung isti’azah dengan basmalah.
iv) Menyambung ketiga-tiganya sekali.

Terdapat 2 cara membaca istia’zah di dalam surah At-Taubah :
i)Berhenti pada Isti’azah kemudian teruskan bacaan.
ii)Menyambung isti’azah dengan awal surah At-Taubah.

Hamzah membaca dengan suara yang kuat pada awal surah Al-Fatihah sahaja.

bio hamZah

Imam Hamzah al-Kufi

Nama sebenar beliau ialah Abu ‘Lmarah Hamzah bin Habib bin ‘Lmarah bin Ismail al-Zaiyat. Dilahirkan pada tahun 80 Hijrah dan meninggal dunia pada tahun 156 Hijrah.

Dua perawinya :

* Khalaf : Beliau ialah Abu Muhammad Khalaf bin Hisham bin Talib al-Bazzar. Dilahirkan pada tahun 150 Hijrah dan meninggal dunia pada tahun 229 Hijrah.
* Khallad : Beliau ialah Abu Isa Khallad bin Khalid al-Syaibani al-Kufi. Meninggal dunia pada tahun 220 Hijrah.

Saturday, August 01, 2009

MuQaddiMah..

MUQADDIMAH
بسم الله الرمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Segala Puji Bagi Allah…. Yang Maha Kuasa Lagi Maha Bijaksana.Qiraat Merupakan Satu Ilmu Daripada Ilmu-Ilmu Yang Berkaitan Dengan Al-Quran.Qiraat Juga Merupakan Ilmu Yang Pelik Dan Unik.Ini Kerana Qiraat Berkaitan Dengan Bagaimana Cara Untuk Menyebut Kalimah-Kalimah / Perkataan-Perkataan Al-Quran.Dengan Ini Menjadikannya Satu Ilmu Yang Harus Diketahui Oleh Semua Lapisan Umat Islam,Kerana Ianya Ilmu Yang Mulia Serta Mengajar Bagaimana Membaca Al-Quran.Pada Riwayat-Riwayat Lain Selain Daripada Riwayat Hafs An Aa’shim,Iaitu Riwayat Yang Kita Amalkan.Dalam Ilmu Qiraat Juga Ianya Mengajar Bagaiamana Menyebut Pada Kalimah Kalimah tertentu,yang berlainan Dengan Qiraat HAfs An Aa'shim.Dengan Ini Sesiapa Yang mempelajarinya,akan Dapat Membaca Dengan Betul Dan Mempunyai Keistimewaan Yang Tiada Pada Orang Lain.Manfaat/ Faedah :Faedah Daripada Ilmu Qiraat Kita akan dapat mempelbagaikan Jenis-Jenis Bacaan.Kita Tidak Terikat Dengan Riwayat Hafs ‘Aan Aa’shim Sahaja.Selain Itu Kita Dapat Menonjolkan Keunikan Al-quran Kepada Orang Bukan Islam dan dapat menarik mereka masuk sama menganut Addinullah (agama Allah -ISLAM).Kesimpulan :Ilmu Qiraat Merupakan Ilmu Yang Mesti Diketahui Oleh Semua Minda Yang Mengaku Tubuh Dan Darah Dagingnya Adalah Beragama Islam.Di Mesir Rata-Rata Rakyatnya Yang Beragama Islam Menghafaz Al-QuranDan Mengetahui Akan Ilmu Qiraat Ini
Sumber-Sumber:- Kitab Syarah Matan al-Syatibiah- Buku-Buku Ilmiah Teori Qiraat- Ustaz-ustaz Pakar Dalam Qiraat