....................................................................................................

*ة*Insaniah University College*ة*

*ة*Insaniah University College*ة*
...hidup mulia mati syahid...

.::aHLaN wAsAhLaN wA mArhAbAn biKum::.
....................................................................................................
*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*

tenangkan hati dengan zikrullah

....................................................................................................
*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*

.::pEnGhArgAaN::.

Dengan nama Allah سبحانه وتعالى Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang…

Alhamdulillah. Selawat dan salam buat Rasulullah صلى الله عليه وسلم serta para sahabatnya. Berkat keizinan dan pertolongan Allah سبحانه وتعالى, selesailah sudah usaha kami menyusun sebuah blog mengenai ilmu-ilmu berkaitan Qiraat erutamanya qiraat Imam Hamzah. Dengan berpandukan Al-Quran dan terjemahannya serta beberapa buah buku ilmiah yang berkaitan ilmu qiraat. Tak ketinggalan juga menerusi laman web, blog dan forum-forum yang berkaitan untuk dipersembahkan kepada ustaz dan sahabat-sahabat seperjuangan.

Blog ini merupakan kerja kursus yang diamanahkan oleh Ustaz Mohammad Zaki bin Abdul Hamid yang merupakan pensyarah yang mengajar kami di dalam subjek Qiraat Ilmi. Pada akhir-akhir ini, masyarakat Islam di Malaysia khasnya, bilangan pertambahan mereka yang berkebolehan membaca Al-Quran adalah sedikit. Ini disebabkan ramainya para a’lim ulama’ yang telah pergi meninggalkan kita, namun gantinya tidak sehebat yang harapkan. Terutama sekali tentang ilmu-ilmu berkaitan qiraat dari pelbagai imam yang hanya sebilangan kecil yang mampu mempelajarinya.

Justeru, kami berharap lebih ramai yang boleh menimba ilmu tentang qiraat ini menerusi internet insyaAllah. Keimbangan yang melanda para pemimpin hari ini, dan juga para ibu bapa serta guru-guru, justeru kami menyahut cabaran untuk bertanggungjawab menjaga kesucian dan kemurnian Al-Quran.

Keyakinan kami semakin kuat dengan bantuan dari-Nya berdasarkan firman Allah سبحانه وتعالى yang bermaksud : “Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran dan Kamilah yang menjaganya”

Semoga Allah سبحانه وتعالى mengizinkan niat kami ini dan sentiasa mempermudahkan, merahmati dan memberkati kami dalam setiap amalan yang kami laksanakan.Sewaktu menyusun blog ini, kami banyak terhutang budi kepada ustaz dan ustazah serta sahabat-sahabat yang turut memberi perangsang dan kerjasama sehinggalah blog ini dapat disempurnakan dengan jayanya.

Tidak lupa juga pada insan-insan kesayangan yang senantiasa mendoakan kami walau di mana kami berada iaitu bonda, ayahanda, kakanda-kekanda dan adinda-adinda kami serta membantu kami dari aspek kewangan. Di atas jasa baik mereka yang berkenaan, kami berdoa semoga Allah memberikan ganjaran yang sewajarnya kerana hanya Allah سبحانه وتعالى lah yang selayaknya membalas jasa mereka, insya-Allah. Sekian, selamat membaca dan beramal.

....................................................................................................
*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*

.::MuqAdDiMah::.

بسم الله الرمن الرحيمالسلام عليكم ورحمة الله وبركاتهSegala Puji Bagi Allah…. Yang Maha Kuasa Lagi Maha Bijaksana.Qiraat merupakan Satu Ilmu Daripada Ilmu-Ilmu Yang Berkaitan Dengan Al-Quran.Qiraat Juga Merupakan Ilmu Yang Pelik Dan Unik.Ini Kerana Qiraat Berkaitan Dengan Bagaimana Cara Untuk Menyebut Kalimah-Kalimah / Perkataan-Perkataan Al-Quran.Dengan Ini Menjadikannya Satu Ilmu Yang Harus Diketahui Oleh Semua Lapisan Umat Islam,Kerana Ianya Ilmu Yang Mulia Serta Mengajar Bagaimana Membaca Al-Quran.Pada Riwayat-Riwayat Lain Selain Daripada Riwayat Hafs An Aa’shim,Iaitu Riwayat Yang Kita Amalkan.

Dalam Ilmu Qiraat Juga Ianya Mengajar Bagaimana Menyebut Pada Kalimah Kalimah tertentu,yang berlainan Dengan Qiraat HAfs An Aa'shim.Dengan Ini Sesiapa Yang mempelajarinya,akan Dapat Membaca Dengan Betul Dan Mempunyai Keistimewaan Yang Tiada Pada Orang Lain.

Manfaat/ Faedah :Faedah Daripada Ilmu Qiraat Kita akan dapat mempelbagaikan Jenis-Jenis Bacaan.Kita Tidak Terikat Dengan Riwayat Hafs ‘Aan Aa’shim Sahaja.Selain Itu Kita Dapat Menonjolkan Keunikan Al-quran Kepada Orang Bukan Islam dan dapat menarik mereka masuk sama menganut Addinullah (agama Allah -ISLAM).

Kesimpulan :Ilmu Qiraat Merupakan Ilmu Yang Mesti Diketahui Oleh Semua Minda Yang Mengaku Tubuh Dan Darah Dagingnya Adalah Beragama Islam.Di Mesir Rata-Rata Rakyatnya Yang Beragama Islam Menghafaz Al-QuranDan Mengetahui Akan Ilmu Qiraat Ini Sumber-Sumber:- Kitab Syarah Matan al-Syatibiah- Buku-Buku Ilmiah Teori Qiraat- Ustaz-ustaz Pakar Dalam Qiraat
....................................................................................................
*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*

.::biBLi0gRaFi::.

.::biBLi0gRaFi::.
....................................................................................................
*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*

.::CaRiAN tAjUk::.

alhamdulillah..
pertamanya marilah kita semua panjatkan kesyukuran kerana masih diberi peluang untuk mengecapi nikmat melihat ini..

sahabat2 dan pengunjung blog ini...
ahlan wasahlan kami ucapkan..
anda semua boleh melihat tajuk2 yang terdapat di dalam blog ini dengan menekan nama tajuk tersebut.
tajuk2 boleh dirujuk di sebelah kiri dalam ruangan isi kandungan...

ok..selamat berjuang kerana ALLAH
moga anda memperoleh ilmu yang hebat ini dengan penuh keberkatan dariNYA..amiiin ;-)
....................................................................................................
*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*

Wednesday, October 07, 2009

bab 12 (waqaf hamzah pada pendapat imam hamzah dan hisyam)

Imam Hamzah memudahkan hamzah pada ketika waqaf samada di tengah ataupun di akhir.

Ada 4 cara bacaan bagi Imam Hisyam :
1)Ibdal
2)Naqal
3)tashil Baina-Baina
4)Hazaf

(1)Ibdal :-
- Tukar hamzah sakin pada huruf Mad daripada jenis baris huruf sebelumnya samada hamzah di tengah ataupun di akhir.

- بواءنا - الموءمنون - اقراء

2)Naqal :-
- Jika hamzah itu berbaris dan sebelumnya huruf sakin. Pindahkan baris hamzah pada huruf yang sebelumnya itu. Kemudian hazafkan hamzah itu.

(3)Tashil Baina Baina
- Daripada bahagian hamzah( ء ) bagi hamzah ketika waqaf iaitu memudahkan satu persatu. Bahagian ini pada hamzah ( ء ) didahului dengan alif ( ا ) seperti ( الملاءكة ) ( أولىءك ) dan kalimah ( دعاء ونداء )

4)Hazaf
Hamzah berada diakhir kalimah dan sebelumnya ada alif ketika waqaf hazmah adalah sakin, kemudian tukar kepada alif, jadi bertemu dua alif, haruslah hazaf salah satu supaya tidak himpun dua alif dan harus juga kekal.

Terdapat tiga wajah :
(1)Sebelum hamzah huruf wau yang ditambah gantilah hamzah dengan wau, kemudian idgham wau pertama dalam wau kedua.
(2)Sebelum hamzah huruf wau atau 'ya' asli ada dua iaitu Naqal/Ibdal serta Idgham.

Hamzah berbaris yang jatuh selepas huruf berbaris ada 9 bahagian :

1 Fathah selepas kasroh
2. Fathah selepas dhommah
3. Fathah selepas fathah
4. Kasroh selepas dhommah
5. Kasroh selepas kasroh
6. Kasroh selepas fathah
7. Dhommah selepas dhommah
8. Dhommah selepas fathah
9. Dhommah selepas kasroh